Khamis, 24 Julai 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR JAMAIE

 Suasana Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaie
Suasana berbuka puasa di surau dan dewan makan

Solat Terawih dan moreh

SMKA Kuala Selangor khususnya Bidang Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie peringkat sekolah pada 23 Julai 2014 iaitu hari Rabu. Majlis dimulakan dengan khatam al-Quran oleh beberapa orang pelajar lelaki tingkatan 5 yang dipimpin al-fadhil Ust Ghazali Omar. Seterusnya ucapan YDP PIBG, En Zurimi Abd Hamid dan ucapan Pengetua SMKA Kuala Selangor, Pn Hjh Hamidah Ghazali. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Hj Abd Najeh Asmuin, wakil Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor. Penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar keluarga yang miskin dan anak yatim turut dilakukan.  

Majlis berbuka puasa dengan kurma dalam surau sekolah, Surau Ar-Riduan sebelum solat Mahgrib berjemaah. Setelah selesai solat, semua tetamu, guru-guru, kakitangan sekolah serta pelajar-pelajar bergerak ke dewan makan asrama untuk menikmati jamuan berbuka. YDP PIBG turut menyumbang bubur lambuk untuk dinikmati oleh semua yang hadir.

Semua yang hadir turut bersolat terawih secara berjemaah di surau sekolah. Selain YDP PIBG, NYDP dan AJK PIBG juga turut hadir memeriahkan majlis ini.

Jumaat, 11 Julai 2014

SARANA PIBG

Buku Sarana PIBG Ibu Bapa 

Buku Sarana PIBG Sekolah

Pihak Sekolah telah mengedarkan buku Sarana PIBG Ibu Bapa kepada sebahagian besar ibu bapa pelajar-pelajar SMK Agama Kuala Selangor. Memandangkan buku yang diterima sekolah tidak mencukupi untuk semua ibu bapa, mana-mana yang ingin melihat dan membaca boleh download buku tersebut dalam format PDF.

Buku Sarana Ibu Bapa 
https://docs.google.com/file/d/0B5RQJgUq3-g4dE40WVlzUmU3c3c/edit?pli=1

Buku Sarana Sekolah
https://docs.google.com/file/d/0B5RQJgUq3-g4aF9KQmRQN0tLbjA/edit?pli=1

Selasa, 1 Julai 2014

KEMUDAHAN AIR COWAY

 Perbincangan pembelian Mesin Air Coway
Mesin Air Coway di ASPURI

Setelah dicadangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG awal tahun 2014, pihak AJK PIBG yang baharu telah bersetuju untuk memasang mesin air. Melalui mesyuarat AJK PIBG yang pertama, semua bersetuju untuk membeli mesin air jenama Coway sebanyak dua buah. Ia sebagai permulaan dan percubaan. Sebelum ini pihak sekolah telah menyediakan Watercooler dan ia masih berfungsi. 

Diharap dengan adanya kemudahan ini memudahkan pelajar-pelajar dan menjaga kesihatan pelajar. PIBG juga berharap setiap yang orang yang menggunakan kemudahan ini khususnya pelajar-pelajar mengguna sebaik mungkin dan bertanggungjawab.