Empat orang pelajar SMKA K.Selangor telah menyertai Pertandingan Rekacipta Kandungan Kreatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak penganjur menetapkan tema 'Jalur Lebar Untuk Pendidikan' dalam penghasilan video.
Setelah dinilai oleh pihak juri, Mohd Hanif, Mohd Farid, Azim Azri dan Aiman Haziq yang mewakili SMKA K.Selangor berjaya mendapat tempat kedua. Mereka memenangi hadiah RM3000 dan sebuah kamera setiap seorang. Hadiah disampaikan pada 30 September 2014 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tahniah kepada Cikgu Zainon dan anaknya yang bertindak sebagai pelakon utama dalam penghasilan video ini. Moga dengan pencapaian ini dapat mengharumkan nama SMKA K.Selangor.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BAGI NEGERI SELANGOR:
1. SMK Bandar Tasik Puteri
2. SMKA Kuala Selangor
3. SMK Cyberjaya