Ahad, 31 Ogos 2014

PERSARAAN PAK HAMZAH


En Hamzah Kitan atau lebih dikenali sebagai Pak Hamzah dalam kalangan warga sekolah telah menamatkan khidmatnya sebagai pekerja am rendah di bumi SMKA K.Selangor. Banyak jasa yang telah disumbangkan Pak Hamzah sepanjang lebih 20 tahun berkhidmat di SMKA K.Selangor. 

JASAMU DIKENANG PAK HAMZAH

Isnin, 18 Ogos 2014

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI SMKA K.SELANGOR 2014

 Perasmi, YDP & NYDP PIBG, Pengetua dan PK
 YB Sulaiman Razak (Perasmi) diiringi YDP PIBG, En Zurimi dan PK HEM, Ust Alias
 Antara ibu bapa yang hadir
Persembahan dari Cikgu Ghani, sdr Hidayatullah (Alumni) dan Ust Ghazali Harun
 Sebahagian menu yang disediakan
Suasana majlis hari raya

SMKA K.Selangor telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri untuk semua warga sekolah dan ibu bapa. Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai jenis makanan antaranya sate, roti canai, nasi, buah-buahan, cendol, bubur dan banyak lagi. Ibu bapa juga tidak ketinggalan membawa pelbagai jenis makanan dinikmati bersama seperti kek, karipap, kuih muih dan lain-lain.

Majlis tersebut dirasmikan ADUN Permatang, YB Sulaiman Razak. Majlis itu juga meraikan hari jadi pelajar serta perpindahan dan persaraan warga sekolah. Dua orang guru yang bertukar sekolah, Pn Farah Hanani dan Pn Farhanis Syamimi. Serta majlis perpisahan En Hamzah (Pak Hamzah), kakitangan sekolah yang banyak berjasa (lebih 20 tahun berkhidmat sebagai pekerja am rendah).

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Jumaat, 1 Ogos 2014

GARISAN KUNING DEPAN PINTU MASUK SEKOLAH

 Surat permohonan garisan kuning

Dalam Mesyuarat Agung PIBG SMKA Kuala Selangor yang lalu beberapa ibu bapa membangkit isu keselamatan dan kemudahan jalan pintu masuk ke sekolah. Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG kali pertama dan diambil tindakan oleh YDP PIBG, En Zurimi Abd Hamid. Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak JKR supaya membina garisan kuning supaya tanda memperlahankan kenderaan di kawasan sekolah.

Dan ini jawapan pihak JKR Kuala Selangor terhadap isu yang dibangkitkan:

Surat Jawapan JKR Kuala Selangor

Kita mengharapkan semoga pihak JKR menyegerakan pembinaan garisan kuning dan apa-apa tindakan yang boleh mengurangkan risiko keselamatan pengguna jalan ini khususnya ibu bapa dan warga SMKA Kuala Selangor.