Jumaat, 1 Ogos 2014

GARISAN KUNING DEPAN PINTU MASUK SEKOLAH

 Surat permohonan garisan kuning

Dalam Mesyuarat Agung PIBG SMKA Kuala Selangor yang lalu beberapa ibu bapa membangkit isu keselamatan dan kemudahan jalan pintu masuk ke sekolah. Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG kali pertama dan diambil tindakan oleh YDP PIBG, En Zurimi Abd Hamid. Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak JKR supaya membina garisan kuning supaya tanda memperlahankan kenderaan di kawasan sekolah.

Dan ini jawapan pihak JKR Kuala Selangor terhadap isu yang dibangkitkan:

Surat Jawapan JKR Kuala Selangor

Kita mengharapkan semoga pihak JKR menyegerakan pembinaan garisan kuning dan apa-apa tindakan yang boleh mengurangkan risiko keselamatan pengguna jalan ini khususnya ibu bapa dan warga SMKA Kuala Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan