Sabtu, 18 Oktober 2014

MESYUARAT AJK PIBG KALI KEDUA


Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG SMKA Kuala Selangor telah mengadakan mesyuaratnya kali kedua pada 17 Oktober 2014 pada hari Jumaat. Mesyuarat yang bermula pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang itu membincangkan pelbagai perkara. Antaranya perkembangan aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dijalankan dan laporan maklumat-maklumat terkini berkaitan pelajar.

Mesyuarat itu dipengerusikan En Zurimi selaku YDP PIBG. Penasihat PIBG yang juga Pengetua SMKA K.Selangor, Pn Hjh Hamidah telah melaporkan perkembangan terkini akademik pelajar seperti perjalanan PT3 dan SPM yang bakal dihadapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan